Perkhidmatan Panggilan bagi
orang ramai mendapatkan perkhidmatan teksi
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD),
Kementerian Perhubungan akan memperkenalkan *"Perkhidmatan Panggilan bagi
orang ramai mendapatkan perkhidmatan teksi" khusus bagi pemanggil di dalam
Daerah Brunei-Muara sahaja bermula pada hari Selasa, 4 Oktober 2016*.
Perkhidmatan ini adalah sebagai langkah susulan dari sistem teksi bermeter yang
dilancarkan pada 23 September baru-baru ini dan bertujuan untuk memudahcara orang
ramai bagi mendapatkan perkhidmatan teksi dari mana-mana kawasan di Daerah
Brunei-Muara sahaja. Perkhidmatan ini diperkenalkan secara sementara sahaja
sambil menunggu perkhidmatan tetap tempahan teksi yang serupa atau melalui
teknologi 'mobile apps' diperkenalkan oleh pihak-pihak yang berminat.
Orang ramai bolehlah menghubungi talian 7181643 bagi membuat tempahan.
Perkhidmatan ini akan beroperasi setiap hari termasuk hari Jumaat dan Ahad dan
hari-hari kelepasan awam bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9 malam. Orang ramai
yang memerlukan khidmat teksi di luar waktu tersebut boleh menghubungi terus
nombor-nombor talian individu teksi seperti tertera. Bayaran surcaj tempahan
sebanyak $2 akan dikenakan sebagai tambahan kepada jumlah harga tambang teksi
bermeter dan surcaj-surcaj lain, jika ada, mengikut kadar yang telah ditetapkan
dan disiarkan oleh JPD sebelum ini.

